Thursday, 14 March 2013

Checklist Hari Bahagiaku



Checklist Walimatulurus


1) Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Putrajaya

So far sy baru bayar deposit 10% daripada harga dewan. Dewan ni boleh memuatkan max 300 tetamu. Boleh menggunakan katerer sendiri tetapi kerusi dan meja wajib disewa drpd pihak Perbadanan Putrajaya dgn harga 1 Meja = RM5 dan 1 kerusi= RM3. Proses utk tempah dewan adalah dengan mengisi borang (http://www.putrajaya.gov.my/graphics/business/forms/BorangPersidangan.DP15.TWP162011.pdf) kemudian berjumpa dgn pegawai incharge dan byr deposit 10% drpd harga dewan. Pada masa ini PIC dewan boleh berhubung dgn En.Bakar di talian 0163200005. 

2) Jurugambar (FireFoxStudio)

Sy tempah mereka utk pic Pre Wedding, Nikah dan Resepsi dlm 1 pakej. Tapi kami belum sempat utk buat pre wedd pic. Adoi kena cari masa ni.

3) Videography (FES STUDIO Photo & Video Events)

Hahaha~ idea utk buat video adalah atas keinginan sy sendiri. Sry en.Tunang. i cant help myself. Video ni utk pre-wedd, nikah dan resepsi dan kami dpt dgn harga yg berpatutan. Hasilnya no komen lg sbb belum buat pun lg...Arrgghh , lagi 1 bnda pending.

4) Jurugambar Post Wedd (Classic Bridal)

Jeng~jeng~jeng~  kami tempah photographer post wedd(Chinese) secara x sengaja ketika pergi ke festival kerja kahwin. Ini adlh bnda plg awal kami tempah suke2 krn mereka menawarkan bayaran scr ansuran dgn tidak menetapkan amount dan masa pembayaran. So, maknenye lps kami kahwin, kami boleh buat post wedd pic pd bila2 masa. Post wedd ni akn mengambil gambar studio serta outdoor. mereka menyediakan 4 persalinan western gaun serta khidmat makeup. Namun begitu, as we go along utk merancang perkahwinan, tibe2 terdpt penyesalan sedikit krn pembaziran Sob sob~ . Nwy, wats done is done. Hopefully pic yg mereka amek cantik sgt pun.

5) Kad Kahwin (My Eternity Wedding Card)

1000 Kad +Sampul
1000 Kotak Besar
1000 TQ tag
4 Signage
2 Bunting

Pakej yang kami ambil adalah dgn harga yg berpatutan (xsmpai RM1k). Tapi rasanya mereka hanya menawarkan ketika festival kahwin. Normal pakej xpasti pula harganya. 

6) Persalinan Resepsi (Azue Bridal)

Sewa baju disini agak mahal kalau nak dibandingkan dengan sewa di kawasan Bangi yang lain. Tp mereka byk baju yang cantik-cantik. Mahal mayb sbb pernah masuk magazine kut. tetapi utk sewa baju perkahwinan better to look around 1st then baru decide.decide lmbt2 pon xpe sbb baju sewa sgt byk dan mmg rambang mata nk pilih. jgn jd mcm sy yg xsabar2 nk sewa, lgpun Kak Zue (owner) melayan kami dgn baik skali. tu yg terpengaruh tu. hahaha~ 

7) Make Up (Zila Ziman)

Benda plg susah utk sy cari adlh MUA. byk sy survey dan akhirnya Zila Ziman menjadi pilihan kerana harga yg berpatutan dgn pakej yg ditawarkan. Then sy nmpk byk good review about her. Hopefully begitu la hendaknya. 


8) Katering (Kota Anggerik Catering)
- Pelamin
- Kompang
- Arch & Walkway 
- Orang silat

Review
Ok, here we go the karangan. Sy book katerer ini semasa festival perkahwinan. Pada awalnya, sy rasakan katerer ni meletakkan harga yg berpatutan kerana dgn harga RM13.80 x 1000 org mereka menawarkan kepelbagaian lauk (lebih dr normal katerer), cendol stall, kek 3 tingkat, tv 32 inc dan bermacam-macam lagi. Namun begitu, semasa test food (time festival juga), makanan yg dihidangkan tidak mencapai piawaian sy. Ini menyebabkan sy berfikir lama samada utk tempah mereka atau tidak. Ketika itu saya berurusan dengan en.Amri Mohammad iaitu Manager Marketing & Business Development Kota Anggerik ini. Oleh sbb sy fikir agak lame, en.Amri ni memberitahu sy bahawa segala tempahan yg dibuat adalah refundable kemudian dia menawarkan lg bnda tambahan seperti pelamin, kompang, arch & walkway serta org silat tanpa diminta. Ini menyebabkan sy terus bersetuju utk mengambil katerer ini dgn deposit RM200 walaupun makanan mereka gak kureng rasanya. Dia juga menawarkan test food kali kedua utk family dan akn membuat perjumpaan 4 kali dengan sy. Katenya lah.. 

So, bila sy smpai dirumah, sy cuba Google Kota Anggerik katering ni. sy dpti tiada review berkenaan katerer ini. Kemudian selang beberapa minggu baru sy perasan mereka ada FB (http://www.facebook.com/kotaanggerikevent?ref=ts&fref=ts)  yg ketika tu hanya dlm 30 org shj yg Like. So sy assume yg katerer ni baru. Gmbr event pon x byk, hanya ada 3-4 shj tp sememangnya hiasan meja dan kerusi mereka agak cantik. So sy xkisahlah dgn berpegang pd perkataan refundable yg ditawarkan.Then, selama 4 bln sy x berhubung dgn katerer. Disebabkan sy nak tetapkan tarikh 2nd test food, pd awal Mac sy pon call la en.Amri dan dia dgn selamba meminta maklumat perkahwinan sy seolah-olah tiada ape2 berlaku dan dia ckp dia akn menetapkan tarikhnya. 2 minggu kemudian, sy menerima emel quotation drpd katerer ini (bukan en.Amri), namun perkara yg sy takut semmgnya berlaku iaitu peralatan tambahan seperti pelamin, org kompang, silat dan arch walkway tiada dlm harga quotation dan jika nak tambah peralatan tersbut perlu ditambah duit sehingga RM19,800.  Dalam masa yg sama ,sy buka website Kota Anggerik dan mendpti bhw en.Amri x lg bekerja di Kota Anggerik sejak Disember 2012. Pengumuman yg dibuat adalah seperti pic dibawah





Dengan perasaan yang bercampur baur, sy telah meminta refund drpd katerer ini dan mereka nak semak blk perjanjian sy samada boleh refund atau tidak. Sehingga kini sy masih menunggu jawapan drpd mereka. Kini sy sedar, kesilapan sy plg besar adalah sy tidak mengambil resit yg mempunyai perjanjian penuh. Sy hanya mempunyai resit pembayaran shj drpd pihak katerer. So maknanye jika tak dpt blk duit tu mmg burn la.
Namun apa yg mengecewakan sy dgn pihak katerer adalah mereka tidak mahu bertanggungjawab terhadap tingkah laku staf mereka. Da tahu staf mereka buat perangai, apa salahnya bg blk deposit yang telah dibyr utk menjaga nama baik mereka. Sy dimaklumkan bahawa ramai org yg terkena dgn en.Amri ini dan pihak pengurusan hanya mampu memberikan notis dlm web seperti gambar diatas. Ini bermakne pengurusan mereka amat teruk.. Hmmmm~ manusia manusia, ramai lebih sygkan duit. Wallahua'lam~

Tujuan saya menulis blog ini adalah lebih kpd memberi peringatan kepada org ramai agar berhati-hati dalam urusniaga. Namun begitu, kepada sesiapa yang pernah mengalami perkara yang sama, nasihat sy adalah memaafkan kesalahan orang lain dan menghalalkan hutang-hutang orang krn ia akn menjadi beban kpd penghutang diakhirat kelak walaupun mereka telah bertaubat. Kasihanilah mereka..

Hadith :
Dari Abdullah bin Abu Qatadah r.a, katanya:”Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya. Dia berkata kepada Abu Qatadah,:”Aku sedang dalam kesulitan.” Maka berkata Abu Qatadah:“Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,:”Sesiapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya dari hutang.”










Wednesday, 24 October 2012

Sunday, 13 May 2012

Kerana Dengan Cara Ini Allah Mencintaimu


Kadangkala kita terlupa apakah hakikat cinta yang sebenar. Jika dijadikan subjek cinta sebagai perbualan pasti ramai yang lebih gemar untuk berkongsi berkenaan cinta antara manusia, yakni cinta antara sepasang kekasih.
Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang berkongsi suka dan duka tentang cinta antara dia dan penciptaNya? Dan pasti, ramai yang tidak gemar berkongsi cerita tentang cinta agung yang tiada tandingan ini kerana mereka tidak merasai kemanisan mencintai penciptaNya kerana kelemahan iman kita sendiri.
Jika kebiasaan cinta manusia, apabila seseorang mencintai kekasihnya ia pasti akan memberikan yang terbaik bagi pasangannya selagi ia terdaya dan cuba sedaya upaya untuk mengembirakannya dan tidak mahu kekasihnya dirundung rasa kesedihan. Itulah kebiasaannya cinta manusia. Namun, bagaimana pula caranya  Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya?
Mereka yang dekat dengan Allah, menerima ujian yang sangat hebat kerana dengan cara inilah Alllah mencintai kekasihNya. Lihat sahaja bagaimana Allah Azzawajjala menguji kekasihnya Rasullah S.A.W dengan pelbagai ujian. Allah tidak memberikan jalan mudah untuk kepada Rasullah S.A.W untuk berjaya dalam usaha dakwah baginda di Mekah dan Madinah meskipun baginda adalah kekasihNya. Begitu juga dengan ujian sakit yang berpanjangan yang diterima oleh Nabi Allah Yaakub dan ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail apabila turunnya perintah supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Mengapa apabila semakin dekat kita dengan Allah Yaa Rabbul Izzati, semakin tinggi ujian yang Allah timpakan? Kerana dengan cara ini Allah mencintai hambaNya.
Firman Allah :
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
[Al-Ankabut: 2-3] 
Hebatnya dan luar biasanya cinta Allah apabila Dia menggunakan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat tingkat ketaqwaan dan kekuatan iman hambaNya. Percayalah, apabila diturunkan ujian kepada kita walau seberat mana sekalipun Allah ada bersama kita. Allah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan Allah dan Allah sangat mencintai dan menyukai apabila hambaNya sujud, menangis, merintih dan meminta pertolongan dariNya. Unik dan luar biasa bukan cara Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya? Kerana dengan cara ini Allah mencintaimu.


Sumber dr iLuvIslam

Thursday, 3 May 2012

Doa Si Teruna & Dara


اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك 


وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..



Wednesday, 2 May 2012

Air mataku hanya untuk Mu

Ya Allah, kurniakanlah kepada ku sepasang mata yang sering mengalirkan air mata yang menyucikan jiwa. Air mata yang sering gugur kerana rasa syukur dengan segala nikmat kurniaanMu. Dan air mata yang gugur kerana rasa takut pada berbuat maksiat dan kemungkaran. 


Friday, 27 April 2012

Shy Shy Cat

“A woman’s best jewelry is her shyness.” (Fatima RA)

Sunday, 22 April 2012

Carilah Ilmu Selagi Terdaya


Allah swt memberikan rahmat dan kasih sayangNya kepada orang yang menghadiri majlis ilmu walaupun seseorang itu menghadirinya dengan niat yang salah atau tidak ikhlas kerana orang yang menghadiri majlis ilmu itu tidak akan dilalaikan. Maka beruntunglah bagi orang yang menghadiri majlis ilmu itu.